Berita baik buat rakyat Malaysia apabila dibenarkan merentas negeri adalah boleh pulang ke kampung dan juga merancakkan ekonomi negara dengan bercuti-cuti Malaysia.
Jika anda penggemar alam semula jadi dan sudah bosan dengan pulau-pulau yang agak klise, maka boleh ke lokasi yang sedang popular ini iaitu Tasik Cermin, Timah Tasuh Perlis.
Pemandangan alam yang menakjubkan dan udara yang bersih membuatkan ianya seperti 'hutan dara'. Lebih menyeronokkan, ianya percuma untuk dikunjungi. Wah! Sangat mengujakan.
Menurut Ved, sekarang hingga Januari tahun hadapan adalah waktu terbaik untuk peminat fotografi merakamkan keindahan alam ini kerana musim hujan sahaja yang akan membuatkan kesan pokok terendam di dalam air.
Selain itu, antara tip yang diberikan adalah mengambil gambar di waktu awal pagi untuk fotografi yang lebih cantik.
Bagaimanapun, pesanan yang lebih penting adalah menjaga kebersihan di kawasan ini.
Maklumlah, memandangkan kawasan ini dibuka secara percuma kepada orang awam, maka adalah tanggung jawab mereka yang mengunjungi Tasik Cermin ini untuk menjaga kebersihan ya.
Wah! Banyak juga tempat menarik di Perlis ya.
Ayuh! Siapa yang nak ke Perlis, boleh selfie cantik-cantik.
0 Comments