Bilik Asrama USM Bakal Cantik Macam Hotel??

Semua yang pernah tinggal di asrama, pasti pernah mendapat pengalaman bersesak dalam satu dorm dengan kemudahan yang seadanya. Keadaan yang sama ini boleh dilihat di asrama Sekolah Menengah mahupun di Universiti.


Kredit foto: Carian Google

Keadaan yang sesak menyebabkan ramai pelajar, terutamanya pelajar lelaki tidak ada motivasi untuk menghias dan mengemas dorm masing-masing. Apa lagi jika keadaan asrama tersebut sudah usang dan perlu dibaiki.


Bagaimanapun, mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM) boleh menarik nafas lega apabila bilik asrama di institusi itu bakal dinaiktaraf dan akan kelihatan seperti hotel dengan gaya mewah.


Kredit foto: Facebook USM

Seperti yang dimuatnaik di Facebook USM, pihak pentadbiran telah merekabentuk semula hiasan dan susun atur asrama hasil ilham Timbalan Naib Canselor Bahagian Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Aldrin Abdullah.

Kini bilik yang dahulunya suram bakal kelihatan berseri-seri. Walaupun belum dilaksanakan sepenuhnya, pihak universiti dikatakan akan menaiktaraf semua bilik-bilik asrama secara berperingkat-peringkat.


Kredit foto: Facebook USM
Kredit foto: Facebook USM
Kredit foto: Facebook USM
Kredit foto: Facebook USM



Langkah USM itu mendapat pujian netizen. Ramai berharap persekitaran yang baru itu akan lebih memberikan motivasi kepada mahasiswa dalam menimba ilmu.


Kredit foto: Facebook


Malahan ada juga alumni yang terasa ingin kembali ke zaman pengajian mereka. 'Saya terasa ingin kembali ke zaman persekolahan, bilik asrama ini nampak lebih bagus dan selesa berbanding dulu'kata seorang netizen.


Walau bagaimanapun, ada yang mempersoalkan adakah kos asrama akan meningkat seiring dengan pengubahsuaian ini.



Kredit foto: Facebook


Yang penting, diharap pelajar akan menghargai kemudahan yang disediakan dengan penuh kesedaran sivik.

Post a Comment

0 Comments