Menggamit kenangan. Sebelum wujudnya perkembangan teknologi, permainan papan (board game) seperti Monopoly dan Sahibba sering menjadi rebutan dan mengeratkan hubungan antara rakan sepermainan.
Permainan Monopoly baru, Monopoly Voice Banking kini hadir dengan teknologi canggih yang mengujakan. Kini, permainan ini ditawarkan dengan modul sistem kawalan suara selari dengan peredaran zaman.
Topi AI yang mengawal suara terletak di tengah-tengah papan permainan akan menjejaki perbelanjaan setiap orang. Ia juga dikatakan mampu mendengar arahan pemain. Jadi, tiada lagi penipuan!
Pembelian hartanah juga dilakukan dengan arahan suara seperti "Buy Trafalgar Square". Kesemua kad Community Chest dan Chance juga digantikan oleh modul suara dengan arahan pada kad yang dibaca oleh modul. Pemain tidak lagi memegang wang tunai kerana kesemua wang disimpan secara elektronik.
Apa yang menarik mengenai pelancaran permainan terbaharu ini adalah anda tidak memerlukan telefon atau sambungan Internet untuk bermain.
Sebelum ini, Hasbro juga telah melancarkan versi Ultimate Banking Edition yang hadir dengan kad kredit. Di Amerika Syarikat, Monopoly Voice Banking dijual pada harga ASD30 (RM124) dan akan berada di pasaran mulai 1 Julai.


0 Comments