Pemilik Buah Dada 48J Dulu Bangga Kini Bimbang

Seorang wanita yang dahulunya dicemburui dan sering berbangga dengan saiz buah dada 48J kini mengadu kesakitan dan bimbang selepas kelahiran anak pertamanya.

Fiona Hornby, 25 dari Bolton, Greater Manchester berkata, kini buah dada yang dibangga-banggakannya sebelum ini menjadikan hidupnya seperti mimpi ngeri sejak bersalin.

Kredit foto: Mirror
"Saya sukar menyusukan anak saya kerana takut lemas, tulang belakang saya terasa sangat menyakitkan, saya tidak dapat tidur, tidak ada pakaian yang muat dan kini saya berdepan dengan rasa rendah diri yang teramat sangat," tambahnya.


Kejadian ini jauh berbeza dengan sebelumnya apabila Fiona sering dicemburui rakan-rakannya sehinggakan ada yang pernah berkata sanggup berganti badan dengan Fiona.



Kredit foto: Mirror
"Kini saya tidak boleh membuat kerja rumah kerana kesakitan, tidak dapat berdiri lebih lima minit pun," katanya yang bekerja sebagai kerani akaun. 

Menurut beliau lagi, saiz buah dadanya membesar disebabkan macromastia, sejenis pembesaran tisu yang tidak normal.

Fiona berkata kini dia segan keluar rumah kerana sering dipandang ramai dan ditanya adaka beliau membesarkan buah dada melalui pembedahan.

Fiona kini bercadang untuk mengecilkan buah dadanya bagaimanapun beliau tidak mempunyai kewangan yang cukup. Oleh itu, beliau telah membuka sebuah akaun sumbangan GoFundMe bagi sesiapa yang ingin membantu beliau mencapai impiannya.


Kredit foto: GoFundMe
"Saya hanya mahu buah dada yang membolehkan saya mendukung bayi dengan sempurna, dan pembedahan ini adalah satu-satunya cara," kata Fiona lagi.


Jadi kalau wanita Malaysia terkesan dengan kajian terbaru menyatakan mereka memiliki buah dada kedua terkecil di dunia, bersyukurlah kerana anda tidak memiliki masalah yang sama seperti Fiona. 

Post a Comment

1 Comments