Layan Lagu Rock Kapak Dalam Kokpit Juruterbang MAS Cantik Ini Tular!

Selalunya apabila ada pramugari cantik sahaja mesti tular ke serata media sosial.

Tapi tidak pula kali ini apabila seorang juruterbang MAS yang cantik menawan tular kerana videonya yang melayan lagu rock kapak 90-an di dalam kokpit.




Ramai yang tidak sangka, wanita muda seperti itu kelihatan seronok melayan lagu Taman Rasyidah Utama oleh kumpulan Wings semasa bekerja.

Gadis yang dikenali sebagai Khaysha Faizal ini sebenarnya mempunyai pengikut seramai 200 ribu di laman Instagramnya kerana rupa parasnya yang cantik serta mempunyai pekerjaan yang unik bagi seorang perempuan iaitu Kapten untuk MAS.

Kredit foto: Instagram
Rupanya juruterbang pun berkararoke dalam kokpit ya.

Post a Comment

0 Comments