Kajian : Wanita Curang Lebih Bijak Sembunyi Kecurangan

Pernahkah anda dicurangi kekasih? Apakah tindakan anda jika mengesyaki kekasih atau pasangan anda curang? Adakah anda memutuskan  serta merta atau memaksa mereka membuat pengakuan?



Kredit foto: Mirror


Sekiranya anda mengesyaki pasangan lelaki anda berlaku curang, kajian mendapati bahawa lebih mudah untuk mengesannya berbanding kecurangan pasangan wanita. Mungkin dari tanda pada badannya, kesan gincu pada pakaiannya atau raut wajahnya.


Sebuah kajian terbaru oleh University of Western Australia mengesahkan bahawa kecurangan lelaki lebih mudah dikesan dari raut wajah berbanding wanita. Kajian itu dimuatkan dalam sebuah jurnal berimpak tinggi Royal Society Open Science baru-baru ini.

Kredit foto: royalsocietypublishing


Dengan menggunakan 1500 responden untuk meneliti 200 gambar dan video wanita dan lelaki, kajian itu mendapati lelaki yang curang mudah dikenalpasti berdasarkan gerakan dan perubahan wajah pada rahang, dagu dan kening ketika berbicara.


Bagaimanapun, wanita yang curang tidak dapat dibezakan dengan mereka yang setia kerana tidak terdapat perubahan wajah ketika mereka membuat penipuan.


Kredit foto: Mirror


Penyelidikan itu bertujuan untuk melihat bagaimana manusia membangunkan kebolehan mereka mengesan penipuan sebagai satu kelebihan evolusi berbanding haiwan.

Menurut kajian itu lagi, manusia yang boleh mengesan penipuan boleh berkembang lebih maju disebabkan kos reproduktif yang tinggi boleh dimanfaatkan.


Kredit Foto: Mirror


Bagaimana pula pendapat anda? Benarkah kecurangan pasangan perempuan lebih sukar untuk dikenalpasti berbanding lelaki? Adakah anda mempunyai tips lain mengesan kecurangan selain yang dibuktikan dalam kajian ini?

Post a Comment

0 Comments