Baju Melayu Breastfeed ?

Setiap tahun, pereka fesyen tempatan sentiasa mengeluarkan rekaan Baju Melayu yang lain daripada yang lain untuk menarik minat pelanggan. Potongan Baju Melayu juga makin lama makin kecil mengikut potongan badan si pemakai, meskipun baju Melayu pada asalnya memang sedikit besar jika mengikut tradisi.

Pasti anda semua ingat lagi, rekaan Baju Melayu Sado, Baju Melayu WWE dan Baju Melayu Sleeveless yang pernah viral beberapa tahun lepas kerana dianggap merepek oleh rakyat Malaysia.


Baru-baru ini pula, muncul rekaan terbaru yang diberi nama Qurta Saputra. Uniknya Baju Melayu tersebut, rekaannya seolah-olah baju menyusu yang mempunyai kain selak di bahagian dada. Uniknya!



Hari Raya nanti, boleh la sorok duit raya dalam tu ye tak?


So kalau korang teringin nak famous pada Hari Raya tahun ni, bolehlah beli Baju Melayu Breastfeed ni. Untung-untung boleh masuk Motif Viral!

Post a Comment

0 Comments