Memalukan! Luka Main Bola Lagi Teruk Dari Senggugut ??

Sakit senggugut sering dialami wanita ketika datang bulan. Malah, ada yang mengalami gejala senggugut yang teruk hingga membataskan pergerakan seharian.


Gambar Hiasan

Menurut Mirror, doktor menyamakan adakalanya rasa sakit ketika senggugut menyerang sama dengan rasa sakit ketika serangan jantung.

Bagaimanapun, seorang lelaki dikecam teruk selepas membandingkan sakit senggugut dengan luka kecil pada lutut akibat terjatuh ketika bermain bola sepak.


Kredit foto: Twitter

Menerusi Twitternya, Sargee memuat naik gambar pemain bola sepak dan luka pada lutut akibat terjatuh ketika beraksi. Malah, kapsyennya turut mencetuskan kemarahan orang ramai.

"Kalau wanita belum pernah mengalaminya, jangan bercakap mengenai sakit senggugut," tulisnya.


Kredit foto: Twitter

Tidak dinafikan, luka sebegitu memang menyakitkan terutama bagi mereka yang tidak tahan dengan kesakitan.

Namun, dek kerana membuat perbandingan sebegitu, Sargee dilabel sebagai seorang lelaki manja.







Tak ada benda lain ke nak dibandingkan dan kenapa dia macam cemburu sangat dengan wanita yang mengalami sakit senggugut?