10 Jurusan Pengajian Paling Pelik Ditawarkan Oleh Pusat Pengajian Tinggi.

Kursus pengajian merupakan pendidikan yang menentukan masa depan. Setiap jenis pengajian dan jurusan yang ditawarkan sesuai untuk minat dan bakat seseorang. 


Kredit foto: Plexuss

Namun, tahukah anda masih terdapat beberapa jurusan yang dikatakan pelik dan aneh di dunia ini? Ia menjadi pelik apabila memikirkan di mana logiknya bagi sesetengah kursus pengajian yang ditawarkan itu. 


Harry Potter Mithology di University of California

Kredit foto: www.hipwee.com

Karya J.K Rowling ternyata bukan sekadar hiburan. Di University of California, Los Angeles, terdapat sebuah jabatan yang mengkhusus dalam mendalami cerita mitos mengenai Harry Potter. 

Namun, kisah ini hanya cerita fiksyen dan ditulis oleh manusia, tetapi ternyata ia boleh menjadi salah satu pilihan sebagai jurusan pengajian. 

Jurusan WangHong di Yiwu Industrial & Commercial College di Cina

Kredit foto: www.news.com.au

Bagi anda yang sukakan populariti dan ingin menjadi terkenal atau public figure, ini jurusan paling sesuai untuk anda dalami! Di Yiwu Industrial & Commercial College, anda akan diajar bagaimana untuk menjadi 'tular' di media sosial. 

Jika anda belajar di sini, anda akan belajar bagaimana untuk melakukan swafoto yang betul sehingga bagaimana ingin memulakan perjalanan sehingga boleh menjadi terkenal dengan sensasi.


Sexuality Studies di Ohio State University

Kredit foto: www.idntimes.com

Ohio State University terdapat jabatan yang mengkhusus dalam seksualiti serta bagaimana sejarah, biologi, budaya, dan lain-lain yang berhubung kait dengan seks. 

Jurusan ini akan mempelajari mengenai LGBT dan undang-undangnya. Selepas tamat pengajian, graduan boleh bekerja dalam bidang kesihatan, undang-undang dan psikologi yang pastinya berkaitan dengan masalah seksual. 


Meme Studies/Internet Memeology di Northwestern University

Kredit foto: www.northwesternflipside.com

Meme bagi kita mungkin hanya sekadar hiburan. Tetapi tidak di Northwestern University di mana ada jurusan khusus dalam mempelajari tentang meme. Malah, ramai pelajar di sini lebih lucu dan suka bergurau. 

Jurusan ini juga mempelajari sejarah bagaimana meme menjadi tular dan cukup digemari oleh muda mudi.


Beatles Popular Music and Society di Liverpool Hope University

Kredit foto: Google

Jurusan muzik mungkin sudah biasa didengari, tetapi jurusan muzik khusus untuk The Beatles boleh dikatakan sesuatu yang unik. Melalui jurusan ini, mereka akan mempelajari sejarah The Beatles dan bagaimana kumpulan ini begitu berpengaruh dan cukup terkenal. 

Mereka yang mengambil jurusan ini boleh menjadi sejarahwan The Beatles.


Theme Park Engineering 

Kredit foto: www.tpegosu.com

Jurusan ini turut ditawarkan di Ohio State University. Bidang ini khusus kepada perkara berkaitan teknik mengurus taman hiburan, belajar tentang keselamatan roller coaster, dan bagaimana membina permainan di taman tema terutamanya roller coaster.


David Beckham Studies di University of Staffordshire

Kredit foto: Google

Bagi mereka yang sukakan bola sepak, jurusan ini sangat sesuai untuk anda. Melalui jurusan ini, terdapat juga modul berjudul David Beckham yang secara khusus membincangkan pergolakan pemain bola sepak Inggeris. 


Zombie Studies 

Kredit foto: Google

Salah satunya terdapat di Columbia College di Chicago. Bidang ini memfokuskan kepada sejarah zombi di dalam filem dan melihat bagaimana zombi berinteraksi sesama mereka serta sebab utama kenapa zombi menyerang manusia.


Bowling Industry Management and Technology di Universiti Vincennes

Kredit foto: Google

Kursus pengajian ini akan mendedahkan kepada pelajarnya mengenai sebarang persiapan yang diperlukan untuk mempersiapkan diri dalam industri permainan bowling. 

Sudah tentu jika anda mempelajari jurusan ini, anda akan bekerja dalam linkungan arena bowling seperti pengurusan, jualan atau pemasaran.


Mortuary Science di University of the District of Columbia

Kredit foto: Google

Ini adalah jurusan yang agak menyeramkan. Bidang pengajian ini adalah mengenai fasa pengebumian dan cara kebajikan serta  keselamatan yang betul untuk mereka yang meninggal dunia. 

Bekerja di rumah pengebumian, hospital atau pekerja forensik adalah kerja yang boleh dilakukan sebaik tamat pengajian kelak.

Apa pendapat anda? Adakah  jurusan yang disenaraikan menarik minat anda?  Jom kongsikan.