
Pelbagai cara dilakukan pengguna media sosial untuk menambah bilangan pengikut dan pengguna Instagram (IG) terutamanya lebih gemar mempamerkan kehidupan mewah serta hipster untuk dimuat naik di akaun mereka.
Baru-baru ini, tindakan penggguna IG berpengaruh, Harimao Lee berkongsi gambarnya dalam pesawat yang dalam perjalanan ke Rom dikecam netizen kerana dikatakan tidak tulen.
Wanita itu dikatakan mengembara dari Hong Kong ke Rom dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific. Dia, kemudiannya berkongsi foto sedang duduk di dalam kabin kelas perniagaan sambil menghirup minuman keras dengan tubuhnya dibaluti lampu-lampu kecil.
Netizen dengan pantasnya mengecam gaya Harimao dan menuduh instafamous itu sengaja berbuat demikian untuk meraih likes yang banyak. Malah, terdapat seorang netizen memberikan komen bahawa gaya Harimao duduk sangat tidak masuk akal dan pelik.
"Jelas dia hanya menipu untuk kelihatan seperti berada di dalam kelas bisnes."
Seorang lagi netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati dan tertanya-tanya kos dan masa yang diperuntukkan Harimao untuk mendapatkan foto sebegini dan adakah Cathay Pacific turut mengeluarkan modal untuk iklan ini.
"Saya tertanya-tanya berapa banyak masa dan kos dibelanjakan untuk menyediakan foto ini. Saya tidak pasti adakah ini iklan terbaik yang boleh ditawarkan Cathay Pacific kerana ianya kelihatan agak biasa terutama kewujudan lampu tanpa sebab yang jelas."
Namun, tidak semua mengecam perbuatan Harimao Lee. Ada yang memuji kreativiti menggunakan prop dengan tema kisah dongeng dan sudut fotografi yang diambil olehnya.