Dengan bentuk badannya yang masih tegap, air muka yang tidak nampak tua, rambut masih kekal hitam dan perwatakannya yang sentiasa ceria langsung tidak menyamai datuk berusia 68 tahun. Tidak hairanlah Hu Hai digelar 'Datuk Paling Moden di Shanghai' dua tahun lalu.
Hai menjadi sebutan ketika mengambil bahagian dalam program bakat tempatan untuk warga emas di Shanghai. Dia mengejutkan penonton dan juri dengan penampilan dan sikapnya seperti remaja lelaki, yang jauh berbeza dengan usianya.
Jadi, mesti ada rahsia awet muda kan?
Lelaki lebih separuh abad itu berkata ia sebenarnya gabungan pelbagai faktor. Untuk menjaga bentuk badannya, dia mengamalkan yoga, meditasi dan menterbalikkan badannya selama 30 minit sehari.
Oh! Padanlah kurang berkedut dan rambut pun tebal lagi.
Dari segi pemakanan pula, Hai lebih suka makan dalam saiz yang kecil serta mengambil pelbagai suplemen kesihatan, termasuk vitamin dan pil kolagen.
Lagi?
Yang sebenarnya Hai kelihatan jauh lebih muda daripada usia adalah kerana sikapnya.
Dia menganggap dirinya 20 tahun dan akan merasakan seperti itu sehingga menarik nafas terakhirnya.
"Semua orang akan menjadi tua suatu hari nanti, tidak ada cara untuk mengelakkannya. Tapi jika anda berasa tua dan hanya menunggu untuk mati, tidak mahu belajar perkara baru lagi, anda sudah tua, tidak kira berapa pun umur anda."
Hai percaya setiap orang mempunyai tiga usia iaitu usia mental, usia fisiologi dan usia fizikal.

Warga emas yang kelihatan seperti remaja - anda takkan percaya umurnya sudah 68 tahun
Malahan Hai mendakwa doktor memberitahunya bahawa dia mempunyai badan dan fungsi tubuh seorang manusia berumur 40 tahun. Tetapi usia mentalnya jauh lebih rendah.
"Saya fikir umur mental saya akan sentiasa 20 tahun. Saya boleh buat apa yang boleh dibuat oleh orang berusia 20 tahun. Menjadi remaja menyeronokkan. Semangat ingin menjalani kehidupan yang berbeza setiap hari," katanya.
Menariknya Hai bukanlah satu-satunya datuk berjiwa muda di China. Tahun lepas, Wang Deshun, yang kini berumur 82 tahun menjadi tajuk berita apabila diberi gelaran datuk paling hangat.
Jadi, berapa usia mental anda?