SUV Karlmann Kings Ini Kalis Peluru Ini Dan Yang Termahal Di Dunia!

Pernahkah anda membayangkan memiliki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang direka dengan seni bina yang gah? Pasti kepala anda mula membayangkan SUV kalis peluru seperti dipaprkan dalam filem aksi.



Kalau anda nak tahu, 
SUV Karlmann Kings yang kelihatan kukuh dan gah ini dihasilkan syarikat IAT dari China dan merupakan SUV termahal pernah dijual di dunia!



Memetik Mail Online, harga Karlmann Kings ini bermula daripada 1.56 juta British Pound (RM8.29 juta) untuk model asas dan nilainya lebih tinggi jika anda memilih untuk memasang pilihan aksesori tambahan termasuk kerangka kalis peluru. Bagaimanapun, menurut perekanya, pengeluarannya terhad kepada 10 unit sahaja.



Sekali tengok, reka bentuk luarannya persis sebuah Batmobile dari komik DC! Kalau luarannya pun sudah kelihatan gempak, dalamannya terlebih lagilah.

Ruangan dalaman Karlmann Kings ini sangat ekslusif dilengkapi sistem hiburan mewah, PlayStation 4, sistem pencahayaan, peti sejuk, skrin televisyen lebar.



Malah, ia turut dilengkapi dengan mesin pembancuh kopi di dalamnya dan k
ebanyakan ciri di ruangan dalam jentera ini dikawal melalui aplikasi telefon bimbit! Semuanya di hujung jari.

Kereta yang dinamakan sempena raja Perancis abad ke-6, Carloman I ini dibina daripada fiber karbon dan keluli. 

Bagaimanapun, kelajuan jentera buatan syarikat China ini hanya mampu pergi sejauh 140km/j sahaja dipercayai kerana faktor badannya yang seberat 4.5 tan.



Foto: Mail Online
Pun begitu, bakal pembeli ditawarkan untuk menaik taraf casis mereka untuk menjadikannya kalis peluru, menjadikan beratnya kepada enam tan. -