Jadi, dah cuba sampai berjaya ke belum?
Jika belum, ia bukan bermakna anda gagal, tapi mungkin belum diasak sebegitu rupa dalam kehidupan.
Anda mungkin boleh mengambil inspirasi dari Youtuber ini yang kisah peritnya membuatkan dia tekad untuk kurus.
‘Freelee the banana girl’, youtuber dari Australia ini menunjukkan videonya cara menghabiskan 51 biji pisang dalam sehari. Hebatnya ialah berat badannya bukan sahaja turun 18kg malah Freelee kembali langsing dan kempis perutnya hanya dengan amalan tersebut.
Ya, bukan senang tapi nak sihat memanglah kena jaga pemakanan kan?
Mungkin orang melihat dia senang untuk menurunkan berat badan tapi menurut Freelee, dia terlalu obses dengan makanan segera sejak berusia 16 tahun lagi hinggakan beratnya naik 10kg dalam masa beberapa bulan sahaja.
Dia kemudiannya bercinta dengan pengedar dadah lalu menjadikan ecstasy dan kokain sebagai peneman hidup. Hinggalah beratnya turun drastik 22kg sekaligus mengidap aneroxia nervosa dan bulimia.
Hidupnya tunggang langgang, menjadi pesakit ‘candida’ menyebabkan muka, badan dan dadanya penuh dengan penyakit kulat. Selain itu, masalah penghadamannya juga semakin kronik, keletihan kritikal dan masalah kemurungan.
Sehinggalah pada tahun 2006, Freelee berhenti mengambil alkohol lalu menggantikan dengan kopi. Setahun kemudian dia menjadi ‘vegetarian’ lalu menjadikan buah-buahan sebagai makanan utama.
Dalam videonya, Freelee menunjukkan yang dia mampu habiskan 20 biji pisang yang dikisar dengan air kelapa dan setitis vanilla sebagai perisa.
Banyak yang dikongsi Freelee seperti tip mengisar pisang agar jus tidak cepat rosak, bergilir-gilir memakan 2 biji nenas, 5 biji mangga atau 2 liter jus limau setiap hari dan pelbagai lagi tip sihat.
Mungkin ada yang menganggap diet yang diamalkan Freelee tidak seimbang, namun hanya dia yang tahu tentang badannya.
Jadi, bagaimana? Dapat sesuatu yang berguna dari cerita ini? Ya! Big Why anda adalah penentu sama ada anda boleh kurus atau tidak.




