Kemaruk Pujian Lelaki Ini Selfie 200x Sehari.



Perhatian kepada netizen di luar sana, seberapa obses anda terhadap selfie lalu upload ke media sosial?



Jika jawapan anda 2 hingga 3 keping ia masih dikira normal. 
Namun bagaimana pula dengan jumlah selfie 10 kali ke atas? 


Rasanya ia boleh dikira ‘tidak apa’ jika anda adalah selebriti atau insta famous yang pengikut di media sosial tertunggu-tunggu foto tersebut.

Namun, jika 200 kali sehari mengambi gambar sendiri, rasanya ia sudah kronik. Inilah realitinya, pemuda berusia 22 tahun ini, Junaid Ahmed berselfie sebanyak 200 kali setiap hari!

Wow! kedengaran sangat pelik tapi benar. Menurut portal berita BBC, obses Junaid membuatkan dia sentiasa melihat gambar yang dikemaskini di instagramnya yang mempunyai 52.6k pengikut serta teruja dengan berapa banyak like yang diperolehi.

"Seminit gambar saya di media sosial, biasanya saya akan mendapat like sebanyak 100-200. Tapi jika gambar tersebut tidak mendapat 600 likes, saya akan memadamnya."

Menurut kajian dari Nottingham Trent University, keinginan berlebihan untuk merakamkan gambar sendiri lalu meletakkan di media sosial lebih dari 6 kali sendiri sehari dikategorikan sebagai 'chronic selfitis'. Jadi cuba semak diri anda, dah lebih 6 kali atau belum?

Walaupun mendapat kecaman dari netizen, Junaid tidak kisah. Dia sendiri bersiap selama 3 jam sebelum berselfie, jadi kenapa dia perlu hiraukan kata-kata orang.

"Ya, saya mahukan kesempurnaan. Jadi apa sahaja komen negatif saya tolak tepi. Malah saya lebih ekstrim memperbaiki diri sendiri  dengan merubah wajah," katanya yang memperbaiki struktur gigi, filler dagu, pipi, rahang dan bibir selain membuat botox di bawah mata dan kening, mata dan ‘fat freezing’.

Bagaimanapun Junaid sendiri sempat berpesan kepada followernya bahawa kehidupan sosial media sangatlah berbeza dengan dunia realiti. Jadi, usah mudah terpengaruh dengan kepalsuan yang dipamerkan. 

Wah! Macam tak sama pula nasihatnya dengan apa yang dilakukan terhadap diri sendiri. Mungkin Junaid bukan sekadar ‘selfitis’ tapi ada juga kecelaruan identiti. Jom semak adakah anda juga kategori tersebut.