Pernah tak anda terfikir mengapa anda masih belum memiliki teman istimewa walaupun nisbah wanita lebih ramai daripada lelaki?
Anda sudah beberapa kali mencuba tetapi tiada seorang pun yang 'melekat'?
Jangan putus asa! Kerana tips dari Aiman Gedok ini mungkin boleh membantu anda menambat hati gadis-gadis di media sosial.
Tips 1: Post Gambar Yang Menarik - Tanggapan Pertama
Tanggapan pertama atau'first impression' adalah yang paling penting sekiranya anda teringin mahu berkenalan dengan gadis melalui media sosial. Caranya?
-Muat naik gambar yang ceria sahaja. Contoh gambar percutian.
-Jangan muat naik terlalu banyak gambar 'selfie' kerana gadis-gadis di luar sana mungkin akan menganggap anda sebagai seorang yang membosankan.
Tips 2: Jangan Jadi 'Stalker' Yang Menakutkan!
Jangan sesekali menekan butang 'like' pada semua gambar gadis yang anda minat, kerana gadis akan anggap anda sebagai seorang yang 'creepy'! Bahkan akan menunjukkan yang anda seorang yang dahagakan kasih sayang.
Cukuplah sekadar menjadi pemerhati dalam diam untuk mengetahui minat, kelebihan dan makanan kegemarannya.
Tips 3: Jangan Jadi 'Mamat Sendu'
Terlalu kerap menaikkan posting yang berunsurkan sedih sehingga menunjukkan yang anda seorang yang membosankan. Sebaiknya post la sesuatu yang menarik paling tidak berguna.Sendu tau tak? Tapi janganlah sampai jadi orang lain pulak. Nanti terlebih 'fun' di media sosial, tapi depan-depan lain.
Tips 4 : Jadilah Seorang Yang Penyabar
Jangan sesekali menunjukkan kegelojohan anda walaupun anda sememangnya gelojoh. Sorok lah sikit. Janganlah tak sampai 10 minit anda tegur si dia melalui 'private message' anda dah gelabah tanya "Hmmm..kenapa tak reply?"
"Serious talk", perempuan menyampah sangat dengan lelaki jenis ni!
Tips 5 : Habiskan Misi Anda!
Apabila anda sudah selesa berkawan di media sosial, jangan terhenti di situ sahaja. Cuba atur pertemuan dengan si dia. Tetapi pastikan ianya 'slow and steady'. Jangan masa perjumpaan pertama anda terus 'propose' dia untuk jadi awek.
Pastikan yang dia juga selesa dan menunjukkan minat dengan anda sebelum anda mengorak langkah ke hadapan.
Jodoh tidak akan datang bergolek kalau tidak ada usaha dilakukan. Tidak kira lelaki atau perempuan, dua-dua kena berusaha. Tapi janganlah sampai melampaui batas dan sehingga menampakkan anda seperti seorang yang gelojoh dan terdesak ye. Apa pun, selamat berjaya!