Cara Mudah Semak Siapa Hutang Anda! - Buku 555 Versi Aplikasi



Hutang budi dibawa mati – Itu peribahasa ringkas orang Melayu dulu-dulu yang sangat sinonim dengan bahasa tersirat. Namun bagaimana pula dengan hutang duit? Adakah orang akan membayarnya kembali atau buat-buat lupa walaupun telah ditulis dalam buku 555?

Ya! Buku kecil bersaiz poket ini sangat popular dalam kalangan peniaga untuk mencatitkan hutang pembeli yang membeli barangan secara bulanan. Atau pun ada juga menggunakannya untuk mencatit sistem kutu dalam kalangan rakan-rakan.

Kredit : Gambar blog
Namun dek kemunculan teknologi berkembang pantas, buku kecil ini kian dilupakan. Maklumlah generasi muda nampaknya lebih selesa menggunakan aplikasi yang dimuat turun pada peranti pintar masing-masing untuk mencatatkan perkara penting.

Bagi terus mengekalkan ‘tradisi’ buku hutang ini, syarikat Data & Roses Sdn Bhd tampil membangunkan aplikasi Buku 555.

Buku 555 

Menariknya aplikasi ini digunakan untuk mencatatkan hutang piutang anda. Ketika mula menggunakan aplikasi ini, anda hendaklah memasukkan nombor pin untuk memastikan kesemua ‘rahsia’ hutang anda terjaga. 

    
Rekaannya yang ‘simple’ dengan gaya bahasa yang bersahaja akan membuatkan anda tertarik  untuk menggunakan aplikasi itu.Ciri yang mudah juga membolehkan semua peringkat umur untuk memanfaatkan aplikasi berkenaan.

Tambah dan padam hutang, susun, setkan pin keselamatan, tukar bahasa dan lihat semua hutang antara ciri yang ditawarkan.

Tidak perlu pen dan buku lagi untuk merekod hutang. Hanya muat turun aplikasi Buku 555 di Play Store. Mungkin dengan cara ini anda akan lebih ligat untuk mengingatkan penghutang mengenai jumlah baki yang perlu dibayar.