Ia ringkas, terjadi dalam situasi biasa-biasa namun ianya sangat bermakna dan terkena batang hidung sendiri buat pasangan yang asyik melekat seperti belangkas ini!
Kyu-Young yang telah menghasilkan lukisan ini sejak setahun lalu menceritakan hubungan istimewa dengan pasangannya. Bertemu tiga tahun lalu dan baru sahaja berkahwin menceritakan betapa sayang dan cintanya mereka berdua.
“Saya mendapat inspirasi dari dia. Isteri adalah sumber terkuat suaminya. Kadang-kadang ada orang tidak dapat meluahkan dengan kata-kata, jadi saya luahkannya menerusi komik ini.”
Sebenarnya ada 150 post komik yang dilakar oleh pelukis berbakat ini. Namun kami memilih yang benar-benar bersemut untuk anda. Jadi, jom kita lihat komik comel yang boleh membuat anda tersenyum seorang diri.


