Apatah lagi bila pengasas produk kecantikan sendiri menyarankan agar wanita perlu seksi supaya lebih yakin diri. Maka golongan ini sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa memakai produk yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun.
Antara yang hangat diperkatakan ialah penjualan produk membesar atau menegangkan payudara yang dijual secara meluas dalam online.
Kononnya ia berkesan dalam masa singkat menyebabkan ramai wanita mahu memiliki aset idaman mereka dengan harga yang murah.
Ikuti perkongsian mantan doktor payudara dan pembedahan Endokrin Putrajaya, Dr Yazeed Hair Johari berkenaan mitos krim payudara ini. Lebih teruk lagi, ia membahayakan kesihatan wanita!
1) Fakta
Payudara wanita mengandungi tisu lemak, nodules dan ligamen. Ia dilindungi oleh kulit dan puting. Perubahan payudara selalunya bergantung kepada umur, genetik, gaya hidup seperti merokok atau tidak dan sebagainya.
2) Kandungan krim
Secara amnya, kebanyakkan krim tegang payudara ini mengandungi Retin-A dan Phytoestrogen. Retin-A adalah krim anti kedut manakala Phytoestrogen adalah hormon estrogen buatan. Dan banyak lagi kandungan yang belum habis dikaji oleh FDA berkaitan keselamatan, risiko dan efek jangka masa panjang.
3) Mitos
Kesimpulannya, krim ini akan menyebabkan 'ilusi sementara' disebabkan ketegangan kulit yang sementara. SILA HADAM , TIDAK ADA KRIM yang boleh mengubah struktur dalaman payudara!
4) Risiko kanser
Disebabkan perubahan hormon bukan semulajadi (penambahan gantian hormon estrogen) ia sebenarnya meningkatkan risiko kanser payudara.
5) Penipu
Hati-hati! Ada juga si penjual sebenarnya laki yang bertopengkan gambar cendol, ada kes si penjual meminta gambar payudara dari pembeli dan ada yang lurus pula berkongsi momen tersebut. Sungguh tak bermoral!
Jadi, anda jawab soalan ini, mahu cantik yang sementara atau cantik semulajadi dan menerima seadanya?
Kredit : FB Dr Yazeed Hair Johari



