Bahaya Di Sebalik Itik Getah Peneman Anak Mandi Ramai Tak Tahu.

Sesuai dengan imaginasi kanak-kanak tanpa batas, ramai ibu bapa membelikan mainan itik getah sebagai peneman anak-anak ketika mandi. 



Dengan warna kuningnya yang menarik perhatian, comel tatkala berenang dalam buih mandi membuatkan ada anak yang takkan mandi tanpanya. 


Malahan banyak iklan komersial serta rancangan televisyen memaparkan betapa akrabnya itik getah ini dengan kanak-kanak.

Namun comel jangan disangka tidak berbahaya ya. 

Tanpa anda sedari, patung getah klasik ini mengandungi jutaan bakteria yang boleh memudaratkan bukan sahaja terhadap anak tapi juga pada diri anda sendiri.
Seronoknya berenang dengan itik

Time.com menerusi laporannya membuktikan betapa kotornya itik getah ini dengan membuka bahagian dalamnya. Terasa geli pula tiba-tiba melihat itik getah tersebut dipenuhi dengan bintik-bintik hitam. Bayangkan benda ini yang menjadi peneman anak anda selama ini?

Hasil penelitian penyelidik dari Switzerland dan Amerika Syarikat membuktikan bahawa permainan ini sebenarnya boleh digunakan dalam tempoh tertentu sahaja bukannya sampai bila-bila.

Lebih parah apabila empat daripada lima sampel itik getah yang diujikaji mengandungi ‘bakteria patogenik’ yang akan tersebar sekiranya ia dipicit.
Gelinya melihat kotoran tersebut. Foto: Carian internet
Bakteria ini termasuk Legionella dan Pseudomonas aeruginosa, yang boleh mengakibatkan jangkitan.

Sementara itu, Universiti Illinois juga membuat kajian yang sama terhadap patung mandi tersebut lalu menemui 75 juta sel pelbagai bakteria dan kulat dalam satu sentimeter persegi permukaan dalam itik getah!


Macam tak percaya kan? Tapi bila diteliti bakteria tersebut mampu bertahan lama kerana bahan itik getah itu dibuat daripada polimer yang menghasilkan karbon seterusnya membekalkan nutrient kepada bakteria.

Lagi-lagi jika mainan itik getah yang anda beli murah, maka kualiti getah juga rendah, jadi cecair seperti peluh dan air sabun sudah mampu untuk menggandakan bilangannya.

Berbeza dengan material yang berkualiti tinggi mampu menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat penyebab penyakit ini. Jadi, hati-hati jika mahu memberi mainan kepada anak-anak. Sentiasa semak ya supaya anak-anak terlindung dari pelbagai penyakit.  - CARI