5 Tips Blogger Selalu Lupa Lakukan Untuk Tingkatkan Trafik

1.Tajuk Artikel Yang Menarik
Tajuk artikel merupakan salah satu faktor penting sebagai ‘daya penarik‘ pembaca untuk melayari laman web yang anda promosikan. 
Sebagai contoh, sekiranya anda berada dalam group kanak-kanak atau remaja, berkemungkinan besar niche yang sesuai dipromosikan menjadi daya penarik adalah seperti permainan video, teknologi, hiburan dan sebagainya.

Tajuk Artikel Yang Menarik

2.On-Page SEO
On-Page SEO sangat penting untuk SERP (Search Engine Result Page) dimana sekiranya blog anda mesra SEO, log anda akan berada antara page terawal dalam carian Google.


Terlalu banyak cara untuk ‘optimize’ SEO untuk blog antaranya ialah :
  1. Menggunakan tajuk artikel daripada 40-70 aksara
  2. Mempunyai link ke pautan luar
  3. Fokus keyword terdapat pada link , tajuk artikel dan juga content artikel
  4. Menggunakan meta tag, meta description tag, serta alt text untuk picture.

3.Membuang iklan2 yang mengganggu pembaca 
Tajuk artikel sangat menarik, tetapi sangat sesak dengan iklan. Perlu klik ini, klik itu untuk membaca artikel mereka. 
Yang lagi panas, klik-klik dalam takda content. Sekali singgah cukup selepas ini ‘mark’ tak masuk lagi blog tersebut !
4.Ping artikel anda di aggregator ping seperti virealhub.com, laman sosial
Antara tips meningkatkan trafik blog anda ialah dengan menggunakan aggregator ping dimana anda boleh ping artikel-artikel anda disana. 
Kelebihan pada virealhub.com ialah laman aggregator ini mempunya fungsi ‘auto ping’ dimana anda tidak perlu ping setiap artikel anda.
Apabila anda ping artikel anda di aggregator , anda dapat trafik daripada laman web pengguna aggregator lain apabila artikel anda terpampang di blog mereka.


5.Blog yang ringan serta responsive
Blog yang ringan juga menjadi salah satu faktor untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Sekiranya blog anda terlalu berat, perlu load youtube la, muzik la dan sebagainya, agak menyusahkan pelawat yang mempunyai internet yang agak ‘kureng’. 
Tidak semua pembaca mahu menunggu lama untuk membaca artikel anda, lebih pantas laman web anda, lebih baik bagi mereka. 
Blog yang responsive amat bagus bagi apa juga platform seperti desktop ataupun telefon pintar kerana template blog anda akan mengikut saiz platform yang digunakan.