Tinggi Kalori Sebab Gorang? Nak Cuba Hidangan Kukus Atau Rebus ?

Sebut apa sahaja aneka makanan di Malaysia, sama ada beli di kedai atau masak di rumah, kebanyakannya mesti bergoreng. Menu ayam goreng, nasi goreng, mee goreng malahan kuih muih pun mesti bergoreng seperti donut, pisang, karipap dan lain-lain. 



Lebih dasyat semuanya menggunakan minyak yang banyak bagi menjadikan ia sedap.

Ada satu lagi kaedah memasak yang tidak sihat jika diamalkan berterusan iaitu membakar hingga makanan lekat dengan kehitaman arang. 

Bahaya sebenarnya. Apa kata anda tukar pada kaedah mengukus atau merebus bagi menjaga kesihatan. Lebih sihat dan selamat untuk anda sekeluarga

Menurut Italian Association of Dietitian, kaedah mengukus dan merebus sangat baik kerana tidak menggunakan minyak berlebihan. 

Namun ada perbezaan antara kedua-duanya iaitu mengukus menggunakan wap dari air yang direbus untuk ‘masakkan’ makanan, sementara kaedah merebus pula menggunakan air mendidih untuk memasak makanan.

Kaedah mengukus paling bagus!
Jadi, apa masalahnya?
Tiada masalah pun cuma bila dibandingkan dengan teliti kedua-duanya, pengukusan mengatasi merebus dari segi kualiti gizi makanan tersebut.  

Ia dipengaruhi dengan faktor lama, suhu dan jenis bahan makanan. Sebagai contoh daging yang dikukus pada suhu 380 darjah celcius selama 5 minit lebih bagus kualitinya berbanding direbus.

Merebus adalah kaedah kedua paling bagus. Foto: Carian internet
Jom tengok perbezaannya
Mengukus tidak melarutkan vitamin larut air, iaitu vitamin B dan C. Sebaliknya jika menggunakan kaedah merebus, vitamin ini akan hilang kerana larut bersama dengan air yang digunakan untuk merebus.

Mengukus tidak menggunakan tambahan lemak atau bahan perisa sebaliknya jika merebus pula akan ada penambahan lemak dari sup atau rempah ratus bagi menambah rasa pada kuah atau air rebusan. 

Walau apapun, kedua-dua kaedah ini masih lagi bagus berbanding kaedah menggoreng yang tinggi kalorinya dan membakar yang menghasilkan toksik sekaligus menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik dan pembentukan lemak trans tinggi.

Jom bertukar pada kaedah rebus atau kukus!