Rekod Dunia Alasan Paling Popular Lambat Ke Tempat Kerja

“Traffic jammed, bos!”
Itu alasan paling popular bagi mereka yang sering lewat ke tempat kerja. 

Kesesakan trafik ibarat mimpi ngeri bagi mereka yang bekerja di waktu kemuncak, apatah lagi jika berada di bandaraya seperti Kuala Lumpur yang tahap sesaknya memang paras hidung. Itu belum dikira jika ada kemalangan yang membuatkan makin lambat ke pejabat kerana jalan sesak teruk!



Namun, adakah ia hanya berlaku di Malaysia sahaja?

Jawapannya, tidak. Menurut kaji selidik CareerBuilder (perkhidmatan sumber manusia Amerika Syarikat) mendapati terdapat persamaan alasan yang diberikan oleh pekerja apabila mereka lewat ke tempat kerja di seluruh dunia.

Dan kebanyakannya memang pernah anda dengar!

Antaranya, lebih separuh mengatakan masalah kesesakan trafik (51 peratus)terlajak tidur (31 peratus)faktor cuaca (28 peratus) dan terlalu penat untuk bangkit dari katil (23 peratus).




Eh! Serius? Ada pekerja yang sangat jujur memberikan alasan baru bangun?

Tinjauan terhadap lebih 1,000 pengurus sumber manusia dan 800 pekerja sektor swasta membuktikan bahawa semua manusia sebenarnya adalah sama walaupun berbeza bangsa, budaya dan agama. 

Bagaimana pun alasan yang sama ini lah akan membuatkan majikan muak jika pekerja tidak mengambil alternatif bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai contoh, jika trafik sesak, mungkin boleh tinggal berhampiran tempat kerja, jadi lebih jimatkan masa.

Mungkin sebab itu lah, kajian ini juga mendapati alasan tidak masuk akal yang diberikan oleh pekerja tersebut. Antaranya ialah seorang pekerja lelaki berkata ”Saya ada ‘morning sickness’ atau ‘mabuk hamil’!


Satu lagi alasan pelik, “Ahli kaji bintang memberi amaran saya akan terbabit dalam kemalangan, jadi saya memandu mengikut laluan yang jarang diikuti, menyebabkan saya lewat selama sejam”.

Macam-macam alasan yang dicipta untuk membenarkan kesilapan tersebut. Paling kelakar ialah seorang wanita mendakwa bulu mata palsunya bergumpal menyebabkan dia datang lambat.

Tidak hairanlah jika 42 peratus majikan memecat pekerja mereka atas alasan sering lewat. Maklumlah 25 peratus berkata mereka lewat ‘sekurang-kurangnya sekali sebulan’ manakala 12 peratus lagi akan lewat ‘sekali dalam tempoh seminggu!



Foto Carian internet

Nampaknya ia seperti sindrom atau penyakit yang sukar untuk dirawat. Malahan golongan ini juga berpendapat istilah kerja 9-5 perlu diubah, manakala 88 peratus berkata tempoh masa bekerja seharusnya menjadi lebih fleksibel.

Andakah yang tergolong sebagai pekerja yang selalu datang lambat akibat kesesakan trafik?