Instafamous Dedahkan 9 Tip "Shot" Gambar IG Terbaik Cuma Telefon Murah !

Ramai tahu kekuatan media sosial Instagram ialah jika gambarnya menarik, maka potensi untuk mendapat butang like’ lebih tinggi seterusnya menjadi popular.

Namun masalahnya ialah gambar yang anda muatkan di Ig sebenarnya tak cantik langsung walaupun gunakan telefon pintar yang mahal!

Dylan Furst atau IG miliknya Fursty yang mencecah 1.2 juta pengikut memberikan 9 tip mahal ini kepada anda yang mahu tahu teknik rahsia gambar cantik.

1)    Pandangan pertama sangat penting

Sebelum bermula, bayangkan gambar yang anda ingini dalam bentuk Instagram iaitu ‘square shot’. Walaupun Ig sudah membenarkan ‘full shot’, gambar ‘square’ lebih dekat di hati netizen.


2)    Horizontal atau Vertical?

Tak salah cuba kedua-duanya untuk mendapatkan ‘mood’ paling cantik.


3)    No Filter, please

Ya, ia jadi kegilaan untuk meletakkan pelbagai ‘filter’ namun ia sebenarnya membuatkan ia jauh dari maksud gambar asal. Fursty sendiri tidak pernah menggunakan ‘filter’ sebaliknya mencipta karektor sendiri.

4)    Keluar dari zon selesa
Pelbagaikan teknik seperti ‘blur’, ‘siluet’ atau pose berbeza. Beranikan diri mencuba sesuatu yang kreatif bagi mencipta gambar yang ‘hidup’.



5)    Cari fokus anda


Tiada masalah gambar waktu malam atau siang, cuma cari satu titik fokus supaya mereka yang melihat gambar anda akan terpesona.


6)    Biar cahaya menembusi

Sebaiknya gunakan cahaya semulajadi untuk mendapat gambar sempurna seperti ketika matahari terbenam, matahari muncul sekalipun hujan.



7)    Lagi banyak anda snap, lagi cantik!

Tidak semestinya gambar pertama yang anda ambil akan sempurna. Jadi, cuba sahaja hingga ia memuaskan hati anda.


8)    Lihat jarak depan dan belakang anda

Untuk gambar pemandangan seeloknya, biarlah ia lebih jelas dan besar berbanding orang di dalamnya. Ia membenarkan netizen turut sama merasai seperti berada di lokasi sebenar.





9)    Konsisten!

Jika gambar anda cantik serta teknik tersendiri, jadi jangan biarkan ia begitu sahaja. Perlu konsisten supaya ‘follower’ anda akan tahu itu adalah ‘style’ anda. 

Jadi, boleh dapatkan gambar menarik seperti yang dicadangkan Fursty?