Eh, eh! Seperti kebanyakan artis di serata dunia, SRK pun ada kembarnya juga tau! Tapi jangan pelik kalau kembar SRK ini dari Arab.
Jurugambar Akram Al Eissawi dari Jordan ini betul-betul mirip dengan hero Bollywood itu hingga ada masanya, sukar mahu membezakan mereka berdua.
Terbaru, Step Feed melaporkan Akram muncul dalam satu program temu ramah bersama Al Arabiya, sebuah rancangan pagi negara itu.
"Saya senang hati dengan kenyataan bahawa saya kelihatan mirip bintang itu. Tapi, saya sangat tak suka bila dilabel 'kembar' kepad SRK".
Dalam temu bual itu, Akram berkata, dia boleh menerima kenyataan yang wajahnya mirip SRK, tetapi dia berasa menjengkelkan bila orang guna perkataan 'kembar' untuk melabelnya.
Siapa sangka tuah memiliki wajah persis hero pujaan ramai itu, Akram dihujani dengan pelbagai tawaran dalam bidang lakonan dan dia bakal membuat kemunculannya dalam sebuah filem tempatan.
Sejak beberapa bulan ini, Akram menjadi sebutan netizen dari serata dunia dan ke mana sahaja dia pergi, dia pasti akan mencuri perhatian ramai.

Ramai yang berkata, Akram memang mirip dengan SRK terutama bentuk hidung, gaya rambut dan lesung pipitnya.
Pun begitu, ada juga yang menafikan persamaan di antara mereka.
"Lelaki ini kelihatan dingin, langsung tak serupa dengan SRK yang selalu kelihatan ceria.
"Adalah mirip SRK, tetapi SRK lebih kacak!" komen netizen.