Siapa yang tak suka dengan bau badan bayi, terutama selepas dikenakan produk untuk bayi yang sangat harum dan lembut baunya. Bukan sahaja baik untuk bayi, malah ia juga bagus untuk kulit orang dewasa. Produk bagi bayi dirumus khas supaya lembut dan selamat digunakan pada kulit bayi yang sensitif.
Jika ia bagus untuk bayi, semestinya ia bagus untuk golongan dewasa juga, bukan?
1. Bedak Bayi
Jika rambut anda terlalu berminyak dan malas mencuci rabut menggunakan syampu, sapukan sedikit bedak bayi pada kulit kepala anda dan ia akan menyerap minyak serta-merta.
Satu lagi perkara yang anda boleh lakukan dengan bedak bayi adalah sapukan bulu mata anda dengan sedikit bedak sebelum mengenakan maskara untuk bulu mata kelihatan lebih panjang dan lebat.
2. Sabun Bayi
Jangan risau jika anda kehabisan pencuci muka, gunakan sahaja sabun mandian bayi kerana ia akan membersihkan wajah tanpa membuat kulit menjadi terlalu kering.
3. Syampu Bayi
Anda akan mendapatkan rambut yang lebih halus dan lembut sekiranya menggunakan syampu bayi. Malah, keharumannya sangat menenangkan persis bau bayi!
Bukan itu sahaja, syampu bayi juga merupakan alternatif kepada pembersih mekap.
4. Berus Gigi Bayi
Berus gigi bayi lebih lembut berbanding berus gigi biasa. Bagi bibir yang hitam atau kusam, gosok bibir secara perlahan setiap malam sebelum tidur menggunakan berus gigi lembut yang dibasahkan.
Kaedah ini membantu membersih dan menyingkirkan sel kulit mati selain melancarkan peredaran darah. Hasilnya, bibir anda jadi lebih lembut dan segar!
5. Krim Ruam Lampin Bayi
Krim ruam lampin boleh dijadikan pelembap bibir yang hebat. Ya, betul tu! Ia akan menghilangkan rekahan pada bibir anda dengan pantas!
Wah, banyak juga manfaat produk penjagaan bayi untuk kecantikan ya. Selepas ini, tak perlu ragu-ragu lagi mencari produk kecantikan kulit yang sesuai bagi wajah anda.