Rambut Rosak? Tak Perlu Belanja Banyak, Rawat Dengan Daun Kari Sahaja!

Rambut adalah kebanggaan kebanyakan wanita. Malah, ada yang menganggapnya sebagai mahkota. Ramai yang sanggup berhabis duit demi mendapatkan rambut yang cantik dan sihat.

Kini, anda tak perlu risau lagi! Pelbagai masalah rambut seperti rambut gugur, beruban, bercabang dan banyak lagi yang dapat anda rawat dengan hanya memanfaatkan kebaikan daun kari.


Seperti yang dinyatakan Boldsky, terdapat enam khasiat daun kari yang dapat membuat rambut anda sihat dan kuat selain hitam menawan!


Sumber foto: Carian Internet

1. Mencegah Pertumbuhan Uban
Rambut beruban disebabkan ketidakseimbangan diet atau masalah genetik. Daun kari mengandungi vitamin B yang mampu membantu dan mengembalikan nutrisi serta warna rambut selain memperkuat akar supaya rambut nampak bersinar.


2. Melebatkan Rambut
Keringkan beberapa helai daun kari di bawah sinaran mentari. Kemudian, tumbuk daun kari tadi sehingga menjadi serbuk dan campurkannya dengan satu sudu besar yogurt. Sapukan campuran tadi pada kulit kepala dan hujung rambut.

Jika anda mengamalkan kaedah ini setiap hari, ia dapat membantu meningkatkan pertumbuhan dan juga memperkuatkan akar rambut anda.


3. Kurangkan Keguguran Rambut

Sumber foto: http://cdn2.stylecraze.com

Rambut gugur menjadi masalah kepada kebanyakan orang. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan beberapa helai daun kari dan tambahkan beberapa titis susu sehingga menjadi kental seperti masker. Kemudian, oleskan pada kulit kepala dan biarkan sebelum, dibilas.


4. Mencegah Kelemumur
Kaya dengan aktioksida, daun kari membantu mencegah pengelupasan kulit kepala dan penumpukan folikel yang merupakan penyebab utama untuk terjadinya kelemumur. Daun kari juga kaya dengan asid amino yang membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala.

Sumber foto: Huffington Post


5. Tonik Rambut
Daun kari juga merupakan tonik rambut yang bagus karena memastikan kulit kepala kekal lembap. Ambil segenggam daun kari dan didihkan bersama dengan 2 hingga 3 sudu besar minyak kelapa. Apabila minyak tadi sudah sejuk, sapukan pada rambut. 

Kandungan vitamin B6 pada daun kari dapat membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut.


6. Memperbaiki Akar Rosak 
Kerana pencemaran dan pelbagai rawatan rambut yang dilakukan, akar rambut akan menjadi kering dan rosak. Namun, nutrisi penting dalam daun kari dapat membantu memperbaiki akar yang rosak. 

Hancurkan beberapa helai daun kari dan campurkan dengan minyak zaitun dan sapukan pada rambut secara menyeluruh. 


Tak perlu bersusah menghabiskan duit untuk membeli produk penjagaan rambut yang mahal-mahal. Dengan menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati, anda juga mampu mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan kuat!