Kadang-kadang, tak terfikir yang benda di sekeliling kita sebenarnya mempunyai banyak fungsi jika digunakan dengan semaksimum mungkin.
Dengan hanya menggunakan benda terpakai, daya kreatif serta imaginasi yang tidak terbatas, maka terhasillah ciptaan-ciptaan yang bakal membuat anda kagum dan melopong.
Sebenarnya ia akan menjadikan hidup anda menjadi lebih mudah, dalam masa yang sama kelihatan cantik dan mempunyai pelbagai fungsi.
1. Guna patung Lego sebagai penyangkut bagi USB dan pelbagai kunci
Foto: Boredpanda
2. Guna 'spoiler' kereta untuk dijadikan meja makan
3. Sarungkan stokin di bahagian kepala penyedut hampagas untuk cari benda yang hilang/halus
4. Guna penyepit baju semasa proses memaku sebagai langkah keselamatan
5. Tukar sampan lama menjadi sebuah katil
6. Guna bola tenis sebagai pemegang
7. Buka bungkusan plastik gunakan pembuka tin
8. Guna bekas CD untuk sebagai bekas untuk letak burger
9. Tukar tali pinggang kaledar yang lam kepada pemegang kunci
10. Tukar tangga lama menjadi rak buku
Kalau nama pun sudah kreatif, pasti setiap benda yang direka menjadi unik dan mempunyai kegunaan yang tersendiri. Anda nak cuba yang mana satu?
