Bayi Cinta Ini Punya Tanda Lahir Bentuk 'Love' Di Dahi

Memang normal jika mempunyai tanda lahir di badan, namun agak luar biasa dan istimewa sekiranya tanda lahir tersebut berbentuk 'love'.

Sejak lahir, bayi comel milik pasangan Murat Engin, 30 dan isterinya Ceyda, 28 menjadi perhatian oleh orang ramai kerana tanda uniknya itu.

Foto: Daily Mail
Kini dia sudah pun berumur 14 bulan dan menurut ibu bapanya setiap kali keluar rumah pasti ada sahaja orang yang mahu swafoto dengannya.

Anak kecil yang diberi nama Cinar ini menyebabkan jururawat yang bertugas semasa proses kelahirannya berasa sangat terkejut, masakan tidak tanda di dahi itu memang sangat istimewa kerana lambang 'love' yang membawa erti cinta.

"Dia seorang bayi yang sangat comel, ianya merupakan anugerah dari Tuhan yang jarang dimiliki oleh manusia lain."

Foto: Daily Mail
Ibunya sendiri menangis melihat keajaiban yang ada pada dahi anaknya itu dan sekarang Cinar mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Ayahnya yang berasal dari Ankara, Turki mengatakan ramai orang akan tersenyum melihat anaknya ketika berselisih di pertengahan jalan.

Foto: Daily Mail
"Ramai orang yang sayangkan Cinar, mereka juga memanggilnya dengan nama bayi cinta."

Wah, memang comel dan sangat 'rare'. Mungkin bila kanak-kanak ini besar nanti dia akan jadi seorang yang sangat terkenal kan. Siapa tahu?